Wednesday, 2 November 2016

KREATIVITI KITAR SEMULA

 Apa itu kitar semula?

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.


Kitar Semula Bahan Plastik


 

Bagaimana sebahagian dari botol plastik terbuang berubah menjadi sebuah bekas yang comel untuk di isi pula dengan pelbagai barangan yang comel.


Kitar Semula Bahan Kaca



Sungguh unik dan eksklusif sekali lampu gantung hiasan ini. Hasil dari bahan terbuang atau terpakai seperti botol, pinggan mangkuk, tin dan sebagainya yang mampu memberi anda nilai berganda.

Kitar Semula Bahan Kotak



Bekas kotak telur menjadi bunga hiasan yang sangat cantik dan menarik. Anda boleh cuba kreativiti anda pula dengan bentuk bunga yang lain dan warna-warna yang lebih menarik.

Kitar Semula Bahan Besi


Penutup rim kereta jika satu rosak, tiga lagi sudah tidak berguna lagi. Membazir dan terbuang begitu sahaja. Rupa bentuknya yang pelbagai cukup menarik dijadikan bunga hiasan di taman dan halaman rumah. Hasilnya pasti memikat hati setiap pengunjung.


Kitar Semula Bahan Kayu


Kayu pallet setelah di gunakan...pasti di buang begitu sahaja. Ianya di hasilkan dari pokok kayu satu sumber yang terhad dan penting dalam kitaran ekosistem dan kehidupan. Gunakan ia sebaik mungkin. Rak di dinding ini adalah salah satu contoh untuk kita menggunakannya semula.

Kenapa perlu kitar semula?

Lihatlah masa yang diambil untuk bahan buangan ini untuk mereput dan terlerai secara semulajadi. Tidak mustahil suatu hari nanti pasti dunia ini akan kehabisan sumber semulajadi dan akan dipenuhi dengan sampah sarap! Renung-renungkanlah. Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.

CONTOH BUKU-BUKU YANG BERKAITAN DENGAN KREATIVITI

 
 
 


 Kreativiti bukanlah hanya tertakluk kepada bidang akademik sahaja tetapi  lebih meluas. Kreativiti boleh dirangkumkan dalam bidang penciptaan,permainan, seni dan lain-lain.


oleh : CHE NOR SIRRAH BINTI CHE ISMADI

KREATIVITI MELAHIRKAN GENERASI KELAS PERTAMA





Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini bagi bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi.

oleh : CHE NOR SIRRAH BINTI CHE ISMADI

Tuesday, 1 November 2016

APA ITU ORIGAMI ?


Origami adalah daripada perkataan Bahasa Jepun iaitu lipatan kertas. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. Kemudiannya, membentuk perkataan, "origami." Ia adalah satu bentuk seni yang telah diturunkan dari ibu bapa kepada kanak-kanak melalui beberapa generasi. Origami melibatkan penciptaan bentuk kertas biasanya dibuat sepenuhnya oleh lipatan yang membentuk seperti model haiwan, burung, ikan, bentuk geometri, boneka, mainan dan topeng. Ia mudah diajarkan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak sukakan permainan melipat kertas seperti origami ini.

Hari ini, origami telah menjadi sebahagian daripada orang yang sukakan kreativiti dalam kehidupan seharian mereka. Misalnya, kotak origami adalah sangat popular dan jarang untuk didapati di kedai-kedai cenderamata atau mana-mana kedai-kedai menjual patung permainan untuk kanak-kanak. Kotak origami mempunyai kebaikannya iaitu ia membantu individu untuk menyimpan barang-barang peribadi, seperti butang baju dan pin serta keronsang tudung wanita, dan juga boleh digunakan sebagai kotak hadiah kepada seseorang.



g
BY : NUR NASUHA BINTI SAMSUDIN


Saturday, 15 October 2016

TOKOH TOKOH KREATIVITI

E. PAUL TORRANCE

E. Paul Torrance memberikan definisi kretiviti sebagai proses seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur yang tiada, ketidakharmonian dan sebagainya. mengenalpasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian dan membuat hipotesis tentang kekurang yang dijumpai kemudian menguji semula dan diubahsuai dan akhirnya berkongsi keputusan kepada orang lain    


HELBERT READ    

Menurut Helbert Read, kita bukan hanya mengajar kanak-kanak untuk mengetahui tetapi pada masa yang sama mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta ( otak kiri ) adalah suatu perkara yang menukarkan fakta kepada bentuk baru yang memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara yang lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni amat diperlukan.


JUNE KING MCFEE

June King McFee mentaktifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau mampu mengolah idea baru atau lain yang lebih bermakna. seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.


VIKTOR LOWENGFELD

       Mengikut Viktor Lowengfeld  kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.



EDWARD DE BONO

Edward De Bono menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

oleh : NURUL SYAHIRAH BINTI ABDUL RASIT

HOW TO BOOST OUR CREATIVITY



Manusia dilahirkan dengan adanya potensi untuk memiliki sifat kreatif. Melalui persekitaran serta teknik-teknik yang bersesuaian, maka potensi untuk melahirkan kreativiti ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. Individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif lazimnya dilihat istimewa kerana golongan ini dianggap memiliki kualiti yang jarang dijumpai. Kualiti inilah yang membezakan mereka daripada kumpulan majoroti yang lain. Walaubagaimanapun, kreativiti boleh dilahirkan atau dipupuk dalam diri individu. 

Oleh itu, mari kita sama-sama menonjolkan kreativiti dalam kehidupan seharian dengan menonton tayangan video di atas.

by : ZULANIS BINTI ZULKIFLI 

CREATIVITY starts from BELIEF


This is a heartwarming and moving video that is really all about overcoming self-doubts and fears. Creativity is something that comes from the deep of heart and mind. As we know, creativity is a process to thinking and producing. So, Keep in mind that it's never too late to make a change. Make a plan and break it into mini action items. Just believe in yourself and don't let the negative thoughts of others put you down.

By: Nur Marya Iasha binti Masri