Origami adalah daripada perkataan
Bahasa Jepun iaitu lipatan kertas. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud
kertas. Kemudiannya, membentuk perkataan, "origami." Ia adalah satu
bentuk seni yang telah diturunkan dari ibu bapa kepada kanak-kanak melalui
beberapa generasi. Origami melibatkan penciptaan bentuk kertas biasanya dibuat sepenuhnya
oleh lipatan yang membentuk seperti model haiwan, burung, ikan, bentuk
geometri, boneka, mainan dan topeng. Ia mudah diajarkan kepada kanak-kanak kerana
kanak-kanak sukakan permainan melipat kertas seperti origami ini.
Hari ini, origami telah
menjadi sebahagian daripada orang yang sukakan kreativiti dalam kehidupan
seharian mereka. Misalnya, kotak origami adalah sangat popular dan jarang untuk
didapati di kedai-kedai cenderamata atau mana-mana kedai-kedai menjual patung
permainan untuk kanak-kanak. Kotak origami mempunyai kebaikannya iaitu ia membantu
individu untuk menyimpan barang-barang peribadi, seperti butang baju dan pin
serta keronsang tudung wanita, dan juga boleh digunakan sebagai kotak hadiah
kepada seseorang.
BY : NUR NASUHA BINTI SAMSUDIN
No comments:
Post a Comment