Friday 14 October 2016

Kelebihan Kreativiti ( Kanak-Kanak )




Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan dan idea melalui keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.


oleh : CHE NOR SIRRAH BINTI CHE ISMADI

TOKOH KREATIVITI

   
                                                       
 ELLIS PAUL TORRANCE
Beliau merupakan seorang penyelidik dan pemikir akedemik yang terkenal di dunia. Beliau lahir pada 08 Oktober 1915.Pelbagai kajian dan teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi digunakan dalam bidang pendidikan sehingga kini. Kajiannya dalam bidang kreativiti menyebabkan beliau diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity). Beliau merupakan individu yang telah berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrument yang telah beliau berjaya bangunkan dan dikenali sebagai “Torrence Test Of Creative Thinking” 


                                          KATA-KATA PAUL TENTANG KREATIVITI




KARYA BELIAU



Oleh : AUDREY CHIN LEE PENG


Faktor - faktor Perkembangan Kreatif dan Inovasi

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan kreatif dan inovasi dalam pembelajaran ialah:

1. pengurusan
Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah.Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. .Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran
2. kepimpinan
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.
3. Budaya
Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan perkembangan potensi pelajar. Penonjolan budaya kreatif dan inovasi berlaku dengan beberapa cara seperti persembahan budaya, sukan,ko-kurikum dan melahirkan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Budaya sekolah yang baik iaitu mampu menyemai nilai, norma positif dan menghormati orang lain serta mengadakan persaingan yang sihat.
4. Teknologi
Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberi kesan positif kepada inovasi perubahan pembelajaran organisasi.
5. komunikasi terbuka
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.
6. Penyelesaian masalah
Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah merupakan aktiviti yang kerap dilakukan sama ada di rumah mahupun di institusi. Terdapat tiga ciri penyelesaian masalah iaitu keadaan matlamat, keadaan awal dan pelaksana. Penyelesaian masalah biasanya dilihat sebagai ruang mencari masalah yang memerlukan penyelesaian. Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar.
7. Strategi

Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar serta dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi.Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya
oleh : MASYITAH BINTI ABNI HAJAR