Antara faktor-faktor yang
menyumbang kepada perkembangan kreatif dan inovasi dalam pembelajaran ialah:
1. pengurusan
Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh
menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada
belenggu birokrasi, dan dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria,
cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan
berhemah.Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam
pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan
mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. .Pengurusan yang kreatif dan
inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan.
Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta
berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi
pembelajaran
2. kepimpinan
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah
pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada
mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam
bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen
bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam
seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.Pemimpin perlu merangka strategi yang
berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi
pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan
membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada
strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan
sekolah.
3. Budaya
Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya
persekitaran belajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat
yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan perkembangan potensi
pelajar. Penonjolan
budaya kreatif dan inovasi berlaku dengan beberapa cara seperti persembahan
budaya, sukan,ko-kurikum dan melahirkan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang
kreatif. Budaya sekolah yang baik iaitu mampu menyemai nilai, norma positif dan
menghormati orang lain serta mengadakan persaingan yang sihat.
4. Teknologi
Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh
mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja
suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan
kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan
organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi
lebih produktif. Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberi
kesan positif kepada inovasi perubahan pembelajaran organisasi.
5. komunikasi
terbuka
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan
organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh
dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar
organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi
serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.Maklumat yang diperoleh bukan sahaja
mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat
menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan
organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang
dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.
6. Penyelesaian
masalah
Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah
merupakan aktiviti yang kerap dilakukan sama ada di rumah mahupun di institusi.
Terdapat tiga ciri penyelesaian masalah iaitu keadaan matlamat, keadaan awal
dan pelaksana. Penyelesaian masalah biasanya dilihat sebagai ruang mencari
masalah yang memerlukan penyelesaian. Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan
pengetahuan, memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi
memberi peluang kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah,
berkomunikasi dan belajar.
7. Strategi
Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di
rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah
tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru
daripada pelajar serta dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi.Strategi pembelajaran yang berkesan
dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan
ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja
secara berkumpulan dan sebagainya
oleh : MASYITAH BINTI ABNI HAJAR
No comments:
Post a Comment