Wednesday, 2 November 2016

KREATIVITI KITAR SEMULA

 Apa itu kitar semula?

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.


Kitar Semula Bahan Plastik


 

Bagaimana sebahagian dari botol plastik terbuang berubah menjadi sebuah bekas yang comel untuk di isi pula dengan pelbagai barangan yang comel.


Kitar Semula Bahan Kaca



Sungguh unik dan eksklusif sekali lampu gantung hiasan ini. Hasil dari bahan terbuang atau terpakai seperti botol, pinggan mangkuk, tin dan sebagainya yang mampu memberi anda nilai berganda.

Kitar Semula Bahan Kotak



Bekas kotak telur menjadi bunga hiasan yang sangat cantik dan menarik. Anda boleh cuba kreativiti anda pula dengan bentuk bunga yang lain dan warna-warna yang lebih menarik.

Kitar Semula Bahan Besi


Penutup rim kereta jika satu rosak, tiga lagi sudah tidak berguna lagi. Membazir dan terbuang begitu sahaja. Rupa bentuknya yang pelbagai cukup menarik dijadikan bunga hiasan di taman dan halaman rumah. Hasilnya pasti memikat hati setiap pengunjung.


Kitar Semula Bahan Kayu


Kayu pallet setelah di gunakan...pasti di buang begitu sahaja. Ianya di hasilkan dari pokok kayu satu sumber yang terhad dan penting dalam kitaran ekosistem dan kehidupan. Gunakan ia sebaik mungkin. Rak di dinding ini adalah salah satu contoh untuk kita menggunakannya semula.

Kenapa perlu kitar semula?

Lihatlah masa yang diambil untuk bahan buangan ini untuk mereput dan terlerai secara semulajadi. Tidak mustahil suatu hari nanti pasti dunia ini akan kehabisan sumber semulajadi dan akan dipenuhi dengan sampah sarap! Renung-renungkanlah. Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.

No comments:

Post a Comment