Apa itu kitar semula?
Kitar semula ialah proses
mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar
semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan
mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden
dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar
semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar
semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain
bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak
dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses
semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Kitar Semula Bahan Plastik
Bagaimana sebahagian dari botol plastik terbuang berubah menjadi sebuah bekas yang comel untuk di isi pula dengan pelbagai barangan yang comel.
Kitar Semula Bahan Kaca
Sungguh unik dan
eksklusif sekali lampu gantung hiasan ini. Hasil dari bahan terbuang atau
terpakai seperti botol, pinggan mangkuk, tin dan sebagainya yang mampu memberi
anda nilai berganda.
Kitar Semula Bahan Kotak
Bekas kotak telur menjadi
bunga hiasan yang sangat cantik dan menarik. Anda boleh cuba kreativiti anda
pula dengan bentuk bunga yang lain dan warna-warna yang lebih menarik.
Kitar Semula Bahan Besi
Penutup rim kereta jika
satu rosak, tiga lagi sudah tidak berguna lagi. Membazir dan terbuang begitu
sahaja. Rupa bentuknya yang pelbagai cukup menarik dijadikan bunga hiasan di
taman dan halaman rumah. Hasilnya pasti memikat hati setiap pengunjung.
Kitar Semula Bahan Kayu
Kayu pallet setelah di
gunakan...pasti di buang begitu sahaja. Ianya di hasilkan dari pokok kayu satu
sumber yang terhad dan penting dalam kitaran ekosistem dan kehidupan. Gunakan
ia sebaik mungkin. Rak di dinding ini adalah salah satu contoh untuk kita
menggunakannya semula.
Kenapa perlu kitar semula?
Lihatlah masa yang
diambil untuk bahan buangan ini untuk mereput dan terlerai secara semulajadi.
Tidak mustahil suatu hari nanti pasti dunia ini akan kehabisan sumber
semulajadi dan akan dipenuhi dengan sampah sarap! Renung-renungkanlah.
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap
sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam
semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia
di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.